Beberapa hari sebelum ni agak kecoh bila timbul isu lebih kurang 50 juta akaun pengguna Facebook kena hack, entah2 akaun kita pon termasuk dalam statistik tu. Aku hanya mampu senyum dan gelak je bila dapat tau berita tu. Kenapa? Sebab sebelum ni aku pernah cuba pujuk beberapa orang peniaga untuk berniaga secara online melalui website sendiri, tapi dia cakap “Buat website ni mahal, jadi saya jual produk ikut FB je…” Mungkin akaun dia belum pernah kena block, suspend, atau ban. Sekali dia kena macam sesetengah kawan aku tu baru dia rasa betapa peritnya hilang gambar2 produk dan semua friends kat FB sebelum ni. Apa kau sanggup create akaun baru dan upload lagi gambar2 produk jualan yg selama ni meletop2 kat page FB kau tu? Kalau gambar2 tu ada backup kat laptop OK la, tapi ni hanya ada kat FB je. Kau mampu ke nak cari balik friend beribu2 orang tu? Yg kawan aku sorang ni (tak nak sebut nama sini sebab nanti mungkin dia sendiri akan komen hahaha) kira OK la sebab aku tak nampak dia jual apa2 produk retail, jadi takdelah penat nak kena upload semula benda2 tu kat akaun baru.
Seperti dijanjikan minggu lepas, aku akan ceritakan benda2 yg melibatkan topik semasa, kebetulan topik akaun FB kena hack ni sangat berkaitan ngan bidang ICT dan bisnes online. Aku nak ceritakan tentang kenapa seseorang tu perlu ada system / platform sendiri bila berniaga, dan tak boleh semata2 bergantung pada platform lain macam Facebook, Shopee, Lazada, dan lain2. Sememangnya tak dinafikan bahawa bila kita menggunakan platform2 lain tu, sales boleh meningkat lebih tinggi berbanding hanya di website sendiri. Tapi masalah kebanyakan peniaga2 ni adalah “salah faham”, dan “kedekut”. Maaflah kalau istilah yg aku gunakan ni agak kasar dan mengguris perasaanmu yg selembut tisu tu. Bawah ni aku jelaskan tentang sebahagian daripada konsep berniaga online ikut pemahaman dan pengalaman, biar korang faham betul2 dan dapat ubah keadaan sebelum menjadi lebih teruk.
Kesimpulannya kita kena belajar memahami maksud serta kegunaan sesuatu benda tu dengan jelas sebelum menggunakannya, terutamanya bila melibatkan sesuatu yg “online”. Isu yg berlaku pada Facebook kali ni menjadi salah 1 bukti untuk aku ceritakan tentang kenapa bisnes online memerlukan system / platform sendiri. Kalau benda fizikal kita nampak hartanah sebagai pelaburan jangka masa panjang, dalam ICT pulak adalah system / platform sendiri. Jadi janganlah “kedekut” untuk laburkan duit ke arah solution ICT. Daftar SSM, upah orang buat website serta system untuk uruskan bisnes, dan iklan je online kat FB serta Google AdWords. Tak payah nak pening2 kepala dan bazirkan masa untuk belajar buat semua tu sendiri. Kita ada ramai pakar ICT yg sedia membantu. InshaAllah next POST nanti aku cerita lagi detail pasal bisnes online.
Share the post "Bila peniaga online kena hack account Facebook"