Kepetingan community dalam ICT

Kepentingan community dalam ICT

Macam minggu2 sebelum ni, aku share experience berkaitan dengan programming. Kali ni adalah berkenaan kenapa aku perlu melibatkan diri dalam IT / ICT secara berkumpulan walaupon aku mampu belajar sendiri. Setakat ni aku bersyukur dengan kelebihan yg dianugerahkan iaitu memahami benda2 teknikal / self-learning dalam bidang ICT terutamanya programming. Boleh dikatakan bahawa aku belajar PHP tahun 2003 dulu tanpa seorang manusia pon sebagai guru, yg ada hanyalah buku dan laptop. Aku yakin bahawa kelebihan ni bukanlah sepenuhnya hasil usaha aku sendiri, tapi berkat doa orang lain terutamanya mak ayah.

Macam minggu2 sebelum ni, aku share experience berkaitan dengan programming. Kali ni adalah berkenaan kenapa aku perlu melibatkan diri dalam IT / ICT secara berkumpulan walaupon aku mampu belajar sendiri. Setakat ni aku bersyukur dengan kelebihan yg dianugerahkan iaitu memahami benda2 teknikal / self-learning dalam bidang ICT terutamanya programming. Boleh dikatakan bahawa aku belajar PHP tahun 2003 dulu tanpa seorang manusia pon sebagai guru, yg ada hanyalah buku dan laptop. Aku yakin bahawa kelebihan ni bukanlah sepenuhnya hasil usaha aku sendiri, tapi berkat doa orang lain terutamanya mak ayah. Aku jugak yakin bahawa ia takkan jadi mudah dengan hanya membaca sahaja, jadi aku kena membaca, faham dan praktikkan benda tu. Bila aku membaca, mungkin aku hanya faham benda yg ditulis tu, tapi bila nak praktikkan benda yg dibaca tu kadang2 tak sama dengan pemahaman aku. Contohnya bila aku baca Laravel documentation, aku faham “Ooo macam ni cara nak buat Model dia…”, tapi bila nak buat betul2 kat laptop “Aik kenapa tak jadi?”. Bila tak jadi tu, aku mampu untuk belajar cari punca dan penyelesaiannya tanpa bertanya kat sesiapa secara personal. Aku akan search kat Google atau mana2 forum.

Walaupon aku mampu self-learning, tapi aku masih memerlukan rakan2 daripada komuniti. Kenapa? Sebabnya aku akui bahawa setiap manusia mempunyai kelebihan dan kelemahan yg berbeza. Contohnya aku boleh develop application software untuk back-end, tapi aku tak boleh design layout untuk front-end / graphical user interfaces (GUI) dengan baik. Jadi aku perlukan bantuan daripada rakan2 yg lain. Selain tu, aku jugak lemah dalam hal marketing. Sehebat mana pon application software yg aku buat, hasilnya tak bernilai kalau marketing failed. Aku perlukan rakan2 yg mahir bab marketing jugak.

Then macam mana nak berada / melibatkan diri dalam sesuatu kumpulan? Aku akui bahawa ia bukanlah suatu perkara mudah. Contohnya bila seseorang tu rasa hebat bab2 pukul orang, then dia nak join 1 group gangster ni, adakah group tu senang2 nak terima dia? Mereka boleh yakin ke yg dia tu akan setia ngan group? “Kau siapa datang2 nak join group ni?”. Secara ringkasnya adalah berkaitan tentang kejujuran dan kepercayaan. Aku berpendapat bahawa kriteria ni adalah sangat penting dalam sesebuah komuniti / group. Sebagai makluman aku masih lagi baru dalam group2 programming kat Facebook, tapi aku bersyukur sebab diterima sebagai ahli. Jadi aku kena bersikap jujur untuk mendapatkan kepercayaan daripada ahli2 lain. Bawah ni aku ceritakan sebab kenapa aku perlu melibatkan diri dalam komuniti / group ICT.

1) Berkongsi ilmu / pengetahuan.

Ada pelbagai jenis ilmu dalam dunia ni. Contohnya dalam software programming, ada PHP, Ionic, Ruby on Rails, Python, dan macam2 lagi. Aku tak mungkin dapat belajar semuanya dengan baik, tapi sekurang2nya aku dapat tahu secara ringkas berkenaan dengannya. Ia juga akan membantu aku dalam proses consultation dengan prospek. Katalah prospek tanya aku tentang nak buat mobile apps, so aku boleh jawab ‘guna Ionic’. Tapi adalah tak adil sekiranya aku hanya mencedok ilmu ahli2 lain sahaja. Aku kenalah jugak share ilmu serta pengalaman yg aku ada. So barulah sama2 dapat manfaat daripada sesebuah group tu. Alangkah ruginya kalau aku mati sebelum sempat kongsikan ilmu2 yg dianugerahkan ni.

2) Belajar berkomunikasi dan adab.

Aku rasa semua orang percaya bahawa terdapat macam2 ragam manusia dalam dunia ni. Ada yg jenis ramah, baik hati, sombong, dan macam2 lagi. Aku perlu belajar berkomunikasi dengan mereka semua ni. Teruk macam mana pon sesetengah ahli group tu, aku perlu belajar cara untuk berkomunikasi dengan diaorang. Mungkin secara luaran diaorang nampak teruk, tapi ada kelebihan yg kadang2 aku tak nampak pada masa sekarang. Pada masa2 depan mungkin aku perlukan kelebihan dia dalam skop kerja aku. Contohnya dia adalah mat rempit, tapi gagah untuk buat kerja2 lasak. Andai katalah pada suatu masa aku dapat kontrak membekal komputer ke sekolah2, mungkin aku perlukan diaorang ni. Bila aku perlukan diaorang, aku kenalah pandai berkomunikasi dan adab dengan mereka. Mereka pon manusia jugak. Takkanlah kita nak reject diaorang semata2 sebab perangai yg buruk tu.

3) Besarkan networking.

Ini bukanlah networking macam cable network RJ45 tu, tapi ini adalah network dalam bisnes. Pada pendapat aku, ini adalah salah satu faktor penting dalam memastikan sesebuah bisnes untuk terus sustain. Istilah networking yg aku maksudkan kat sini adalah dua hala, iaitu network untuk buat kerja (rakan2 seperjuangan) dan jugak network untuk sumber income (prospek dan clients). Ada waktu aku boleh buat kerja berseorangan, ada waktu lain pulak aku memerlukan bantuan daripada rakan2. Contohnya bila aku terima request dari client untuk buat web-based and mobile-based application software, aku perlukan kepakaran rakan2 dalam mobile-based application software development. Jadi adalah lebih senang untuk aku membuat pilihan siapakah antara ahli2 group yg aku percayai untuk bekerjasama.

4) Jimatkan masa.

Bila dah dapat kenal ahli2 group, maka akan jimatlah masa aku untuk mencari individu yg mampu achieve the goal. Aku dapat terus contact mereka yg pakar dalam skop kerja yg diperlukan. Aku akan pilih sesiapa yg dah membuktikan hasil2 kerjanya sebelum ni. Contohnya aku akan lebih cenderung untuk memilih ahli2 group yg pernah aku jumpa secara face to face berbanding dengan yg kenal di Facebook sahaja. Sebabnya bila pernah jumpa depan2, aku akan lebih mengenali kemampuan dia berdasarkan body language dan isi perbualan.

5) Cari peluang.

Dalam sesebuah group programming, ahli2nya bukan hanya programmer sahaja tapi juga prospek / clients yg memerlukan solutions. Prospek / Clients biasanya akan bertanya tentang sesuatu solution. Adalah mudah bagi aku untuk mencari serta mendapatkan peluang sekiranya solution berkenaan adalah dalam skop kepakaran aku. Berjaya dapat atau tak merupakan hal kedua, yg penting adalah usaha aku untuk cuba mendapatkannya.

Mungkin masing2 mempunyai sebab yg berbeza dengan apa yg aku ceritakan ni, tapi secara ringkasnya, melibatkan diri dalam komuniti / group adalah lebih bermanfaat daripada berseorangan. Kalau aku ni belum pandai, aku kena usaha untuk belajar. Kalau aku dah pandai, aku kena usaha untuk bantu orang lain. Aku tak boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Sebenarnya aku dah dapat generate income hasil daripada join group JomWeb kat Facebook. So sebagai sebahagian daripada sumbangan aku untuk group, aku mohon agar kita sama2 dapat hadir dan meriahkan JomLaunch event minggu depan ni (Sabtu, 22 Sept) selagi online ticket belum sold-out, https://launch.jomweb.my/. Takkanlah korang nak gi JomHeboh je. Harga ticket event ni tak sampai RM100 pon, bagi aku adalah sangat2 murah berbanding ilmu yg bakal aku dapat nanti. Untuk makluman semua, ini adalah kali pertama untuk aku hadir ke event berkenaan. Yg penting adalah aku dapat berjumpa face-to-face dengan ahli2 / pakar2 dalam group. Yg paling menarik minat aku adalah peluang untuk tengok kehebatan programmer berumur 13 tahun membentangkan projeknya nanti. Pada pendapat aku bukan senang2 untuk seorang programmer muda yg masih bersekolah terpilih dalam event macam ni, there must be something special about him, just wait and see. Kita kena sedar bahawa bidang ICT ni berkembang sangat pantas berbanding bidang lain, jadi berkemungkinan besar anda perlukan aplikasi ICT untuk menjadikan kerja2 harian kita lebih efisyen. Kebanyakan programmer biasanya selalu sibuk sampai call pon tak sempat nak jawab. So inilah masa yg sesuai untuk anda berjumpa dan mengenali programmer dengan lebih dekat lagi.

Kesimpulannya aku berpendapat bahawa melibatkan diri dalam komuniti / group adalah lebih penting daripada bekerja berseorangan. Melibatkan diri yg aku maksudkan adalah bukan hanya sekadar join group dan jadi silent reader sahaja atau hanya nak mintak bantuan je, tapi jugak cuba memberi sumbangan yg bermanfaat. Semoga kita semua sama2 mendapat manfaat bukan setakat di dunia tapi jugak untuk kehidupan seterusnya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Random posts list

Tips mudahkan belajar programming berdasarkan pengalaman aku

Tips belajar programming

Tips untuk mudahkan belajar programming : Pada pendapat aku, programming...
0 comments
Cross platform UI compatibility

Cross platform UI compatibility

Hari ni aku start buat development sample untuk 1 web-based...
0 comments
Cara bertanya masalah teknikal dalam bidang ICT dan programming

Cara bertanya masalah teknikal

Sekadar peringatan untuk diri sendiri & umum, aku cuba mengambil...
0 comments

Kepentingan database structure

Memandangkan nampak banyak POST berkaitan Final Year Project (FYP), terlintas...
0 comments
Rahsia ICT consultation part2

Rahsia ICT consultation (part 2)

Keputusan 1 meeting adalah KIV (most probably senario negatif), manakala...
0 comments