Online Payment

Most audience in Facebook Groups;
Total liked and shared within Facebook network;

Seperti dijanjikan dalam entry minggu lepas, hari ni aku ceritakan pasal Online Payment. Secara ringkas aku anggapkan Online Payment ni adalah suatu transaksi pembayaran yg mana kedua-dua pihak iaitu pembayar dan penerima bayaran tidak menyentuh dan melihat duit secara fizikal semasa berlakunya transaksi. Kalau nak cakap ianya available 24 jam mungkin masih lagi tak sesuai kat Malaysia ni sebab sesetengah Internet Banking tak available untuk suatu tempoh masa tertentu. Contohnya Maybank2u dan RHBnow tak available untuk tempoh lebih kurang setengah jam bermula pada 12:00 tengah malam. Aku harap kita semua faham beza antara Bank, Internet Banking, dan Online Payment. Sebab apa kena faham perbezaan? Sebab aku dengar banyak perbualan menggunakan istilah yg kurang tepat. Contohnya; Pembeli tanya “Macam mana saya nak buat payment ni?” Penjual jawab “Guna online payment je. Transfer duit ke CIMB no. akaun 8263827361”. Jadi kat bawah ni aku cuba ceritakan perbezakan istilah tu (dalam skop pembayaran / pemindahan wang). Klik icon + untuk baca penerangan.

Seperti dijanjikan dalam entry minggu lepas, hari ni aku ceritakan pasal Online Payment. Secara ringkas aku anggapkan Online Payment ni adalah suatu transaksi pembayaran yg mana kedua-dua pihak iaitu pembayar dan penerima bayaran tidak menyentuh dan melihat duit secara fizikal semasa berlakunya transaksi. Kalau nak cakap ianya available 24 jam mungkin masih lagi tak sesuai kat Malaysia ni sebab sesetengah Internet Banking tak available untuk suatu tempoh masa tertentu. Contohnya Maybank2u dan RHBnow tak available untuk tempoh lebih kurang setengah jam bermula pada 12:00 tengah malam. Aku harap kita semua faham beza antara Bank, Internet Banking, dan Online Payment. Sebab apa kena faham perbezaan? Sebab aku dengar banyak perbualan menggunakan istilah yg kurang tepat. Contohnya; Pembeli tanya “Macam mana saya nak buat payment ni?” Penjual jawab “Guna online payment je. Transfer duit ke CIMB no. akaun 8263827361”. Jadi kat bawah ni aku cuba ceritakan perbezaan istilah tu (dalam skop pembayaran / pemindahan wang);

Bank

Organisasi / Syarikat yg menyediakan dan menguruskan tabung simpanan duit kita yg dilabelkan sebagai akaun bank.

Scenario : Kita nak keluarkan duit RM1,000.00 tapi takde kad bank. Balik rumah ambik kad, gi 5 tempat automated teller machine (ATM) dia paparkan “Out of service”. Jadi kita hanya boleh berurusan dengan staff bank melalui kaunter pada business days sahaja. Nak masukkan duit ke akaun bank sendiri atau akaun entiti (individu, perniagaan, syarikat, atau organisasi) lain secara over the counter (OTC) hanya boleh dilakukan dalam tempoh business hours tu. Untuk urusan pembukaan akaun bank, nak dapatkan kad bank, atau apa-apa urusan berkaitan mestilah dilakukan secara OTC. Sesetengah bank mungkin masih lagi hanya menerima pendaftaran Internet Banking secara OTC sahaja.

Internet Banking

Service / Facility yg membolehkan kita urus duit dalam akaun bank melalui Internet.

Scenario : Hari ni adalah Ahad dan kebanyakan kaunter bank di seluruh dunia tidak beroperasi. Bagi yg mendaftar service Internet Banking (IB) di bank yg menyediakan kemudahan ni masih boleh melakukan pembayaran (pemindahan wang) daripada akaun bank sendiri ke akaun bank entiti lain. Kawan dah WhatsApp mintak bayar hutang dan bagi maklumat akaun bank (nama bank, nama akaun, dan no. akaun bank), maka kita bolehlah login ke akaun IB sendiri untuk buat bayaran. Keselamatan? Secara umumnya adalah ‘Ya, selamat’ sebab setakat ni boleh dikatakan semua IB mewajibkan pemilik akaun mendaftarkan no. telefon atas alasan 2FA (Two-Factor Authentication) untuk tujuan keselamatan.

Online Payment

Facility yg membolehkan kita buat bayaran melalui Internet kepada entiti tertentu.

Scenario : Nak bayar bil elektrik (TNB), tapi kita tak tahu pon TNB guna bank mana dan apa no. akaun bank mereka. Jadi kita kena tengok jenis-jenis saluran pembayaran yg mereka terima kat belakang bil. Salah satunya adalah JomPAY menggunakan mana-mana akaun bank kita (setakat ni ada lebih kurang 40 bank participate untuk service ni). So kita boleh gunakan JomPAY melalui akaun IB sendiri (sesetengah bank ada facility JomPAY kat mesin ATM) untuk buat bayaran.

Antara ketiga-tiga benda ni, aku hanya nak fokuskan cerita pada Online Payment sebab berdasarkan pengalaman aku sebagai programmer dan peniaga dalam bidang ICT, ianya memudahkan peniaga menerima bayaran. Maksud mudah kat sini ialah dari segi nak pastikan bahawa duit tu benar-benar masuk ke akaun bank bisnes / company kita. Anggapkan produk yg kita jual ni sangat laris (terlajak laris la katakan hahaha), maka ramailah pembeli yg berminat. Adalah sangat menguntungkan bagi peniaga yg sediakan Online Payment facility kat website mereka sebab hampir semua orang dapat membeli bila-bila masa je menggunakan IB tanpa perlu ke mana-mana kedai dan menjimatkan masa. Bila dah buat bayaran, tak perlu lagi susah-susah nak ambik gambar bukti bayaran online tu untuk send ke penjual sebab Online Payment system akan send maklumat berkenaan kepada penjual / peniaga. Peniaga pon tak perlu susah-susah nak cek duit kat akaun bank, cuma cek email je. Cuba bayangkan dalam masa sejam ada 10 transaksi pembayaran daripada pembeli, sehari ada 24 jam, total semuanya adalah 240 transaksi. Larat ke nak cek setiap satu bukti slip bayaran daripada WhatsApp pembeli tu melalui IB? Jadi inilah yg aku maksudkan dengan ‘mudah’ tu, pembeli tak perlu nak send bukti bayaran dan peniaga pulak tak perlu nak semak satu per satu serta keluarkan resit manual untuk setiap bayaran pembeli. Kali ni aku lukiskan flow (gambar pinjam ngan company) untuk FPX Internet Banking Online Payment untuk nak mudahkan kita faham.

FPX Internet Banking Online Payment
FPX Internet Banking Online Payment

Online Payment ada banyak jenis, sama macam akaun bank. Ada akaun simpanan, akaun semasa, akaun kad kredit, dan macam-macam lagi. Aku nak kecikkan lagi skop untuk ceritakan pasal jenis yg paling sesuai untuk kegunaan kat Malaysia, iaitu FPX Internet Banking Online Payment. Untuk credit card kita mungkin biasa guna PayPal. Pada pendapat aku, FPX adalah antara jenis Online Payment yg paling hebat kat Malaysia sebab ia membolehkan kita buat bayaran tanpa memerlukan no. akaun bank peniaga tu. Contohnya; aku buat website untuk company ABC Sdn. Bhd. dan perlukan deposit RM500.00 sebagai confirmation. Maka pada invoice tu aku akan letak URL / link untuk mereka buat bayaran. Kalau mereka bukak invoice tu melalui laptop, mereka cuma click pada link tu dan Online Payment system company aku (aku tak pakai mana-mana 3rd party acquirer / FPX Exchangers macam iPay88, MolPay, eGHL, senangPay, dan Billplz sebab nak kurangkan kos) akan paparkan FPX landing page. Mereka akan pilih IB untuk akaun bank mereka, login, pilih akaun, masuk TAC (Public Bank guna PAC), dan confirm payment. FPX Exchange company aku akan generate resit bayaran dan send pada mereka melalui email, dan aku pon akan dapat notification email berkenaan transaksi berkenaan. Setakat ni belum ada lagi kes-kes penipuan macam pembeli edit bukti bayaran. Kalau ada memang aku akan terus buat report Polis sebab nampak benar nipunya dan memang dah cukup bukti dengan Online Payment notification system ni. Nak tengok demonstration untuk FPX ni? Klik sini https://www.k-ict.org/Joomla-HikaShop-KPay/

Perkara yg agak penting bila melibatkan Online Payment ni adalah dari segi caj per transaksi yg berjaya dilakukan. Sememangnya aku tak nafikan bahawa hampir semua bank kat Malaysia berserta kroni-kroni mereka termasuklah company aku adalah berniaga. So setiap transaksi yg berjaya dilakukan akan dikenakan caj. Ianya adalah legit dan normal dalam skop perniagaan atas dasar kos, margin, dan keuntungan perniagaan. Di samping caj per transaksi, mungkin juga terdapat kos pendaftaran akaun Online Payment serta yuran tahunan untuk pengurusan rekod serta audit akaun berkenaan. Perlu diingat bahawa semakin banyak pendapatan, semakin tinggi jugalah amaun cukai yg perlu dibayar kepada Kerajaan. Consideration / pertimbangan berkenaan kos untuk setiap benda yg kita niagakan amatlah perlu diambik kira untuk menentukan berapakah harga yg sesuai dijual seperti mana yg aku pernah ceritakan dalam entry Costing Sheet (versi Facebook di https://www.facebook.com/ahmadfazliismail/posts/2065273723507130 dan versi blog di https://blogs.k-ict.org/afi/sample-costing-sheet/).

Kesimpulannya Online Payment sangatlah sesuai untuk peniaga dalam zaman moden ni sebab semua benda kita nak mudah dan cepat. Walaubagaimanapon hingga kini boleh dikatakan hampir semua urusan yg berkaitan dengan pembayaran serta pemindahan wang boleh dilakukan melalui IB secara Online Payment, cuma kita tak boleh nak keluarkan (cash out) dan deposit duit cash je. Nak cash out masih kena gunakan mesin ATM atau secara OTC. Nak deposit kena gunakan mesin CDM atau OTC. Setakat ini dulu untuk kali ni, masih banyak lagi cerita berkaitan Online Payment macam paparan nama pemegang akaun bank kepada pembayar, donation, dan system integration. Nanti bila terlintas cerita tu kat minda aku akan buat entry. Nak ikuti next entry dengan lebih cepat, jom subscribe free je menggunakan akaun Facebook

. Kepada yg dah subscribe dan baca blog ni, terima kasih banyak-banyak, semoga bermanfaat. InshaAllah next entry aku ceritakan topik lain pulak.