Masa depan programmer

Masa depan programmer dan bidang ICT adalah lebih cerah

Masa depan programmer terutamanya students adalah lebih cerah berbanding bidang lain. Betul ke? Aku buktikan pengalaman aku lepas perenggan intro ni. Pertama aku nak ucapkan tahniah untuk students IT / ICT, terutamanya software development / engineering sebab masa depan anda lebih cerah berbanding students dalam bidang lain.

Masa depan programmer terutamanya students adalah lebih cerah berbanding bidang lain. Betul ke? Aku buktikan pengalaman aku lepas perenggan intro ni. Pertama aku nak ucapkan tahniah untuk students IT / ICT, terutamanya software development / engineering sebab masa depan anda lebih cerah berbanding students dalam bidang lain. Kedua aku nak bagi amaran supaya jangan selesa dengan masa depan yg cerah sebab bukan kau sorang je akan hidup di masa depan, ramai lagi pesaing akan cuba menjadi yg lebih baik. Kau kena wujudkan ciri2 unik yg mana pesaing kau tak ada benda tu. Contohnya; Aku mampu buat programming, dalam masa yg sama jugak aku mampu buat marketing untuk software yg aku buat tu.

Aku harap mana2 students yg rasa “terpaksa” ambik course programming, atau “sebab terpengaruh ngan kawan2” tu dapat ubah fikiran. Kita sepatutnya kena ada pendirian & sebab kenapa kita buat sesuatu tu. Programming bagi aku ibarat cinta. Walaupon aku tau ia selalu menyusahkan aku, tapi bila hati dah sayang, aku tetap setia. Aku tak pernah salahkan ia walaupon banyak kali aku tak dapat income tetap macam orang makan gaji. Kalau memang dah tak cinta, jangan paksa diri sebab last2 kau takkan mampu perform dengan baik, cuma jangan menyesal di kemudian hari melihat kawan2 kau bahagia dengan cinta programming mereka. Aku ceritakan pengalaman aku kat bawah ni bagi membuktikan statement “Masa depan programmer adalah lebih cerah berbanding bidang lain” adalah benar.

1) Hampir semua benda memerlukan aplikasi ICT.

Sepanjang tempoh aku berkecimpung dalam bidang ICT ni, aku akui perkara ni. So point ini menjadi 1 bonus untuk memudahkan aku tackle prospek & convert mereka menjadi client. Bukan nak ego, apalagi sombong, bongkak atau meninggi diri, tapi kita kena terima hakikat zaman sekarang bahawa hampir semua benda memerlukan sistem berkomputer. Construction (pakai AutoCAD), buat banner-bunting (pakai Adobe Illustrator), kereta sekalipon ada computer box. Apa isi dalam computer box tu kalau bukan coding yg diprogramkan oleh programmer? Apa akan jadi pada bank2 di Malaysia bila sistem mereka gagal berfungsi? Aplikasi paling simple bagi aku ialah WhatsApp. Berapa ramai yang pakai WhatsApp? Sebab apa ramai yg pakai? Aku jangka lebih banyak lagi benda yg perlukan aplikasi ICT di masa2 depan. Aku jugak jangka hampir setiap industri akan ada in-house ICT specialist. So siapa yg lebih berpeluang untuk dapat kerja pada masa depan selain programmer?

2) Aplikasi ICT sentiasa berkembang.

Dalam ICT aku belum nampak bila perkembangannya akan berhenti seperti mana habisnya sumber minyak & gas. Laptop & smartphone aku tengok makin cepat keluar model baru. Aku rasa smartphone aku ni dah cukup canggih, tengok2 bulan depan ada keluar model baru lagi. Secara fizikalnya kita nampak rupa bentuknya yg makin cantik & adakalanya lebih ringan. Yg pastinya software kat dalam tu pon mesti ada enhancement. Bila sebut software, siapa lagi yg boleh buat kalau bukan programmer? Sorry to say that programmer yg ada sekarang ni semakin hari semakin tua, dah tak mampu lagi nak perform sebaik zaman muda2. So programmer mudalah yg akan gantikan.

3) Dapat ilmu free.

Aku buat programming untuk pelbagai jenis bidang & application. Ada untuk kegunaan hospital, hotel, parti politik, kedai aksesori kenderaan, accounting, & macam-macam lagi. Nak tak nak aku kena faham & belajar macam mana operasi & aktiviti bidang2 lain tu untuk nak convert ke bentuk sistem berkomputer. Contohnya; Untuk hotel room reservation, macam mana SOP diaorang? Kita semua sebagai programmer ni bukan hanya tahu bab coding sahaja tapi hampir semua operasi bidang lain. Duit dapat, ilmu pon dapat. Kemudian aku bolehlah manfaatkan lagi ilmu tu for the next projects, atau cuba enhance kan untuk dapatkan solution yg lebih baik. Aku yakin bahawa masa depan2 lagi akan wujud aplikasi yg lebih canggih. Masa depan siapa lagi kalau bukan programmer? Jadi janganlah malas atau nak belajar programming setakat ‘asal boleh’ je. If you malas sekarang, then masa depan you most probably bidang terjun. You kurang ilmu, siapa mau ambik kerja? Kerja apa you boleh buat?

4) Solution finder & provider untuk banyak bidang.

Aku mula terjebak dalam bidang ICT bermula tahun 1997 (masa tu aku form 1), iaitu sebagai technician. Form 2 aku start belajar programming guna QuickBASIC. Form 3 kenal Internet, explore HTML, then slow2 try Visual Basic. Pendekkan cerita, bidang ICT terutamanya programming menjadikan aku seorang solution finder & provider. Aku sentiasa gerakkan otak aku untuk cuba bantu orang lain menyelesaikan masalah mereka menggunakan aplikasi ICT. Then aku cuba aplikasikan kaedah berfikir ni untuk aktiviti2 lain dalam kehidupan harian. Contohnya; Bila family bergaduh & aku menjadi orang tengah, aku akan cuba untuk dapatkan punca (masalah) & bukti yg kukuh (penyebab) berlakunya pergaduhantu. As long as you tak bias / berat sebelah, inshaAllah you mampu selesaikan masalah tu, atau sekurang2nya jernihkan sedikit situasi secara baik. Tiap2 hari kau cuba selesaikan masalah orang, takkan bila family aku ada masalah kena mintak tolong orang Dr. Fadhilah Kamsah tolong selesaikan, kena bayar lagi.

5) Senang untuk berdikari.

Programmer biasanya lebih senang untuk berdikari / buat freelance berbanding perniagaan lain. Sebab apa? Biasanya adalah modal untuk nak start. Programming ni ada laptop sebiji cukup dah. Nak guna Internet gi kedai mamak pon boleh dapat. Modal utamanya adalah air liur, masa, & otak je. As long as aku dapat join venture ngan company lain & dapat kepercayaan, tak mustahil untuk dapat berdikari sendiri. Masa depan macam mana? Aku boleh gunakan experience & track records sebelum ni untuk terus dapatkan kepercayaan orang.

Berbalik kepada points dalam perenggan intro tadi, tahniah bagi terus berada dalam bidang ICT termasuk aku sendiri sebab kita semua ada masa depan yg lebih cerah berbanding bidang lain, ikut jangkaan aku, kita akan sentiasa ada kerja nanti tak kira income dia banyak ataupon sikit. Tapi jangan lupa, akan ada lebih ramai pesaing yang mungkin jauh lebih hebat. Jangan jadi seperti aku. Aku telah melakukan kesilapan sewaktu awal2 habis UTeM dulu, iaitu tak terus bekerja under mana2 company. Aku ego nak buat freelance sedangkan masa tu belum ada pengalaman dalam industri ICT. Aku hanya tahu programming sahaja. Walaubagaimanapon aku bernasib baik sebab aku memang betul2 minat bidang ICT serta mampu untuk belajar dalam tempoh freelancing tu. Clients pon ramai yg membantu & percayakan aku, so aku dapatlah rolling duit untuk teruskan kehidupan. Bila dah habis study sebaik2nya masuk dulu bekerja di mana2 company bukan semata2 sebab nak cari duit, tapi pengalaman. Bila diterima masuk kerja, cuba belajar tengok macam mana boss uruskan bisnes untuk sustain & grow. Adalah menjadi bonus bila kita didedahkan dengan multitasking. Aku dulu bersyukur dapat kerja kat 1 company MSC Status walaupon dah agak lewat. Masa kat situlah aku belajar buat costing sheet, Tender, Sebut Harga & banyak lagi. Aku cuba apply kan ilmu tu untuk sustain sampai sekarang. Kesimpulannya walaupon peluang cerah menunggu kita di depan, tapi pastikan kita lengkapkan diri dengan kelebihan unik yg tak semua orang miliki.

Sempena raya korban ni, aku ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha untuk semua Muslimin & Muslimat, dengan harapan Sifu Laravel kita Nasrul Hazim Mohamad dapat sponsor kambing bakar bila aku sampai Selangor esok lusa ni hahaha. Siapa nak buat private class boleh bincang ngan beliau.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Random posts list

Rahsia ICT consultation

Rahsia ICT consultation

Dedahkan rahsia sikit untuk consult ngan client dalam IT /...
0 comments
Terms and Conditions and Privacy Policy

Kepentingan Terms and Conditions, Terms of Services, dan Privacy Policy

[juiz_sps] Hari ni mungkin akan ada segelintir pembaca memandang negatif...
0 comments
Masa depan programmer dan bidang ICT adalah lebih cerah

Masa depan programmer

Masa depan programmer terutamanya students adalah lebih cerah berbanding bidang...
0 comments
Belajar buat user login level asas dalam PHP-MySQL

Belajar buat user login (asas) dalam PHP-MySQL

Hari ni aku teringat salah 1 janji aku pada seseorang...
2 comments
1st time explore laravel

1st time explore Laravel

1st time explore Laravel lebih mendalam lepas habis belajar the...
0 comments