Tips belajar programming

Most audience in Facebook Groups;
Total liked and shared within Facebook network;

Tips untuk mudahkan belajar programming : Pada pendapat aku, programming adalah 1 bidang yg memerlukan seseorang tu sabar, rajin membaca (RTFM), & explore contoh2 coding. Kalau baru2 berjinak dalam dunia coding, jangan terus menjurus ke arah advanced level sebab konsep asas mesti dikuasai & difahami dengan baik.

Tips untuk mudahkan belajar programming : Pada pendapat aku, programming adalah 1 bidang yg memerlukan seseorang tu sabar, rajin membaca (RTFM), & explore contoh2 coding. Kalau baru2 berjinak dalam dunia coding, jangan terus menjurus ke arah advanced level sebab konsep asas mesti dikuasai & difahami dengan baik. Contohnya; Bila nak belajar Laravel, pastikan kena tau asas & syntax PHP, biar boleh faham dulu apa itu class, function / method, object, array, dan lain2. Barulah senang nak faham Laravel documentation / developers guide tu. Contoh lagi; Dalam Laravel document tu ada ditulis “The most basic Laravel routes accept a URI and a Closure, providing a very simple and expressive method of defining routes”. Kena faham apa itu URI, apa itu “Route::get(‘foo’, function () { });”. Adalah mustahil untuk seseorang tu terus dapat menguasai Laravel tanpa mempelajari PHP.

Berikut adalah perkara yg biasa aku buat untuk belajar programming;

1) Wujudkan masalah dalam kehidupan harian yg memerlukan bantuan aplikasi IT / ICT.

Ambik 1 masalah mudah, iaitu “Duit aku tak cukup bulan ni, ke mana aku belanjakan?”. Jadi aku kena cuba buat 1 web-based system macam buku catatan untuk trace duit masuk & keluar setiap hari. Objektifnya aku nak tengok apa benda yg buatkan duit aku jadi tak cukup tu, & berapa banyak baki sebenar duit yg aku ada sebelum dapat gaji baru.

2) Draft system work flow on the paper.

Walaupon aku programmer, aku tak boleh tinggalkan pen & kertas. Aku lebih suka conteng2 berbanding terus draft kat laptop. Buat system flow chart yg senang difahami. Mula2 system ni kena login, lepas tu ada dashboard yg paparkan daily account summary, lepas tu ada option untuk nak view monthly account summary, ada button print, search, & logout.

3) Kenalpasti macam mana programming language yg nak digunakan tu mampu membantu selesaikan masalah.

Aku nak belajar PHP sebab ada orang cakap bila kita coding guna languange ni, kita boleh buat web-based system. So aku kena pastikan bahawa PHP ni benar2 mampu membolehkan aku access system tu ikut web. Aku Google, memang betul PHP mampu buat web-based system / application. Aku pon kena la cari very simple example. Biasanya dalam programming orang sebut “Hello World”. So aku Google “Hello World in PHP”. Ada 1 website ni dia cerita start daripada installation. Masa ni lah kena sabar untuk membaca cerita yg panjang2 tu, install Linux, Apache, MySQL & PHP. Apa benda Apache ni? MySQL ni apa pulak? Sebab tu lah aku kena kuatkan semangat & motivasi diri untuk membaca.

4) Cuba cari punca kepada punca (root of the cause).

Masa aku Google “Hello World in PHP”, ada jugak aku jumpa “phpinfo”. So aku try example dia & tengok output dia. Hanya 1 line of code “<?php phpinfo(); ?>” mampu display maklumat yg panjang berjela kat browser. Kenapa boleh jadi macam tu? Apa benda “phpinfo()” tu? Study punya study aku jumpa “phpinfo()” tu adalah built-in function yg akan paparkan maklumat PHP yg aku gunakan ni. Then macam mana kalau aku nak buat function sendiri yg macam tu? Maknanya aku hanya tulis 1 line tu tapi aku dapat paparkan pelbagai maklumat. So aku akan cari punca of the punca, bukan hanya sekadar “Owh OK, itu nama dia function…”

5) Belajar daripada contoh yg dah ada.

Apa benda orang panggil benda yg aku nak buat ni? Aku rasa “ledger” kot. Try Google “daily ledger book php simple example”. Woooo punya la banyak examples. Aku download & buka file README dia. Huuuuuh kena membaca lagi. Patut la ada pendapat mengatakan surah pertama diturunkan suruh kita Iqra’ (bacalah). So bila baca README tu ada developer dia ceritakan file index.php ni guna untuk apa, functions.php ni untuk apa, etc. Then aku buka setiap 1 file tu & study coding yg dah ada. Aku try buang 1 syntax, save & preview tengok apa jadi. Aku try tukar value dalam function tu & preview tengok apa yg berubah. Sabar punya sabar luangkan masa buat experiment tu + guna pakai Google, akhirnya berjayalah aku buat web-based application simple untuk nak selesaikan masalah di point no. 1 tadi. Sekarang benda ni kat laptop aku je, macam mana aku nak access online? Try mintak tolong Faizal Bahasan lah, nampak macam dia ada jual server murah tu.

6) Elakkan copy & paste.

Apa guna CTRL+C & CTRL+V kalau aku tak manfaatkan? Dah la coding ni panjang berjela, nak taip 1 by 1 lambat la nak siap. Sabar… jangan kalut. Bila aku dah sehebat Shamsul Bahrin, barulah aku boleh manfaatkanlah shortcut key tu. Tapi sekarang aku baru je belajar, janganlah jadi pemalas, taip lah 1 by 1 dengan harapan aku akan lebih memahami coding yg aku buat tu.

Mungkin masing2 ada kaedah sendiri untuk belajar programming. Yg penting masa nak start belajar tu pastikan hati kena tenang, muka mau senyum, jangan stress2. Takut nanti terdetik dalam hati boss “Stressnya muka dia, develop OS ke?”

Nama2 yg aku tag dalam POST ni adalah antara individu2 yang hebat dalam bidang IT / ICT hehehe, jangan marah ye bila kena tag. Next POST aku cuba petik nama Master2 yg lain pulak.

0