Most audience in Facebook Groups;
Total liked and shared within Facebook network;
Salam Merdeka 2018! Minggu ni aku nak cerita pengalaman aku bekerja sebagai programmer dan perangai clients / prospek yg aku jumpa, dengan harapan dapat menjadi guide / hint kepada rakan2 yg bakal berhadapan ngan client nanti. Jangan ingat bila jadi programmer hanya duk menghadap laptop buat coding je. Ada masa kadang2 tu perlu jumpa clients depan2.
Salam Merdeka 2018! Minggu ni aku nak cerita pengalaman aku bekerja sebagai programmer dan perangai clients / prospek yg aku jumpa, dengan harapan dapat menjadi guide / hint kepada rakan2 yg bakal berhadapan ngan client nanti. Jangan ingat bila jadi programmer hanya duk menghadap laptop buat coding je. Ada masa kadang2 tu perlu jumpa clients depan2.
Secara rasminya aku mula bekerja (ada SSM) pada tahun 2005, iaitu sebelum aku grad university. Awal2 dulu aku terlalu taksub dengan coding hinggakan bila present application software / system tu banyak bercakap hal2 teknikal macam coding, database, dan teori2 on paper sedangkan clients nak tengok macam mana system tu mampu membantu memudahkan urusan bisnes mereka. Aku perasan bahawa ada sesetengah clients tu blur atau nampak boring bila aku present. Masa tu aku belum reti nak ceritakan sesebuah system dalam bentuk yg senang difahami. Tapi aku tetap bersyukur dengan kepayahan berdepan ngan clients sebab aku mampu mengambil pengajaran serta memperbaiki kesilapan. So bawah ni aku ceritakan jenis2 perangai clients / prospek yg pernah aku jumpa;
1) Jenis yg nak test kemampuan aku.
Clients dalam kategori ni biasanya adalah golongan berilmu, banyak pengalaman serta professional, tapi bersikap merendah diri. Mereka biasanya sangat teliti dalam menilai sesuatu benda tu. Contohnya; Bila aku sebut ‘User login’, dia tanya aku balik “Siapa user tu?”. Pada pendapat aku soalan tu adalah merujuk kepada user level macam administrator, manager, staff, dan orang luar. Mereka dah tau jawapan sebenar cuma nak pastikan bahawa aku benar2 faham apa yg mereka perlukan. Diaorang dah ada skala / formula untuk menentukan sama ada aku ni mampu atau tak untuk jadi vendor mereka.
2) Jenis yg tak banyak songeh / tak cerewet.
Istilah lain yg lebih sesuai ialah ‘sempoi’. Aku cadang ‘Plan A’ diaorang setuju, aku cadang ‘Plan B’ pon diaorang setuju. Cuma aku kena pastikan bahawa cadangan tu disokong dengan bukti2 dan contoh yg senang difahami. Contohnya; Aku cadang “Saya cuba buat website ni background colour putih, sebab nanti user lebih senang nak baca tulisan / nampak gambar2 kat page tu. Sebab tu kalau abang tengok kertas lukisan kat kedai buku tu warnanya putih.” Dia pon respon “Ooo ok, saya setuju.” Mereka biasanya jarang nak bagi cadangan, tapi lebih suka mengharapkan cadangan yg aku bagi. Nak tak nak aku kena cari idea untuk cadangkan kat mereka. Jangan anggap programmer hanya perlu buat coding je, tapi kena faham kenapa perlu buat coding macam tu dan macam ni.
3) Jenis yg nak curi idea.
Jenis yg macam ni biasanya mintak tolong aku buatkan proposal, then mereka bagi proposal tu kat kroni / atau cuba develop software sendiri. Bila developer lain buat, kebanyakan hasilnya tak kena ngan objektif asal. Mereka mintak aku buatkan proposal tapi tak bagi respon / feedback. Tahu2 dah ada orang lain develop benda tu. Mereka sebenarnya tak tahu bahawa ada banyak cara nak develop sesebuah system tu. Kalau silap implement, memang lainlah jadinya. Dalam situasi macam ni, kat mana silapnya aku? Silapnya adalah aku lupa nak letak sesetengah benda ‘tersirat’ dalam proposal tu. Contohnya; Aku sepatutnya bagi cadangan untuk buat website guna WordPress + WooCommerce + ‘Custom plugin’. Hanya aku je yg tau work flow untuk ‘Custom plugin’ tu. So untuk projek2 selepasnya aku sentiasa masukkan benda ‘tersirat’ dalam proposal untuk elakkan daripada idea kena curi. Kalau kena curi pon hasilnya takkan sama ngan idea aku.
4) Jenis yg suka membantu.
Maksud ‘membantu’ kat sini adalah membantu aku dari segi modal untuk siapkan kerja, dan juga promote aku kat kawan2 dia. Contohnya; Aku dah bagi quotation untuk system yg mereka nak guna. Masa tu aku tak nyatakan yg mereka perlu bayar deposit, tapi mereka tanya aku “Berapa banyak nak pakai duit dulu?”. Tak cukup dengan tu, bila dah siap system tu dia refer aku kat kawan2 dia yg lain, tolong jadi consultant bagi pihak aku. Aku rasa mungkin mereka ni jenis yg ikhlas nak tolong anak muda buat bisnes.
5) Jenis yg ada banyak duit.
Susah nak nampak banyak mana duit mereka kalau mereka ni jenis low profile. Pakai baju pon biasa2 je, kereta biasa, langsung tak nampak banyak duit / hidup mewah. Kebanyakan yg aku jumpa adalah bos2 resort, hotel, chalet, dan tourism agent kat Pulau Perhentian. Mereka ni biasanya lebih kurang macam point no. 2 tadi. Apa yg diaorang nak adalah benda yg memudahkan urusan bisnes diaorang. Bab duit takde masalah, cakap je berapa, bagi bil, mereka tanya sikit pasal item2 dalam bil tu, dan buat payment. Tapi janganlah sesekali cuba nak cas mahal atau ambik kesempatan. Aku kena ingat bahawa mereka mungkin akan survey pesaing2 aku untuk bandingkan harga serta kualiti kerja. Sekali sekala aku akan WhatsApp mereka tanya khabar, dengan harapan mereka akan rasa dihargai. Bukan hanya WhatsApp masa nak tanya payment je.
6) Jenis yg banyak diam.
Kategori macam ni ada sub-kategorinya. Diam tu mungkin ada maksud tersirat yg susah nak diduga. Mungkin masa discuss tu mereka kurang sihat, mungkin jugak bad mood sebab semalam gaduh ngan wife, mungkin jugak masalah kewangan, atau mungkin jugak muka aku ni tak hensem / tak menyenangkan pada matanya. Apa yg aku buat adalah cuba cari cara untuk buat dia bercakap. Biasanya aku akan bercakap pasal benda yg dia suka, dan cuba kaitkan benda tu dengan perkara sebenar yg nak dibincangkan. Contohnya dia nak buat website pasal hartanah. Kawan aku pernah cerita kat aku bahawa hobi dia adalah memancing. So aku cuba tanya dia “Macam mana kalau kat website tu buat dua section, 1 untuk hartanah dan 1 lagi forum untuk memancing? Saya rasa Tuan boleh tarik trafic ke website tu dari 2 kategori audience, apa pendapat Tuan?” Bila mereka dah start minat untuk bercakap, so bolehlah teruskan perbincangan. Kalau tak, aku kena cari alternatif lain untuk buatkan mereka bercakap. Perkataan “Maaf” tu sentiasa aku selitkan bila bercakap untuk menampakkan aku merendah diri.
7) Jenis yg banyak idea.
Kategori ni biasanya clients yg berimaginasi tinggi tanpa mengambil kira kesan jangka panjang. Nak buat website macam Lazada dan Lelong, tapi staff ada sorang dua je, office pon kecik je, dan yg nyata, modal tak banyak. Mungkin mereka ingat Lazada tu terus famous tanpa perlukan iklan dan modal berpuluh2 ribu, lepas tu tak ambik kira tentang after sales service, kes2 penipuan dan sebagainya. Aku suka sebenarnya clients yg macam ni sebab mereka akan membuatkan aku explore lebih banyak benda lagi. Cuma kena cuba bagi mereka faham tentang hal2 behind the scenes yg mungkin mereka tak tahu. Aku biasanya gunakan ayat “Saya pernah jugak explore tentang idea tu dulu, tapi tak mampu nak buat sebab modalnya agak besar. Kita kena buat itu buat ini bla bli blu blo…” Elakkan daripada menggunakan ayat yg buatkan mereka tersinggung atau rasa kurang cerdik macam “Tuan tahu tak website macam tu berapa kos dia?”. So programmer bukan je kena pandai coding, tapi kena jaga adab jugak.
8) Jenis yg susah nak buat payment / nak free.
Clients dalam kategori ni biasanya aku dapat secara direct nego tanpa melalui orang tengah. First time aku jumpa dia promote nak buatkan website, dan masa tu jugaklah aku mintak dia bayar untuk domain dan hosting. Ada antara mereka yg tanya “Boleh ke kalau you buat dulu nanti bila ada sales kita share?”. Awal2 dulu aku pernah buat website ‘free’. Bila tanya mereka pasal payment, diaorang cakap tak mampu nak bayar lagi sebab takde sales masuk ikut website. Ada pulak yg jenis bila dah siap tu mintak tambah gambar, tambah isi dalam page, dan macam2 lagi, tapi bayar belum habis sepenuhnya. Pengajaran apa yg aku dapat daripada situasi ni adalah kena ceritakan payment terms + job scopes limitation dalam terms and conditions, dan jugak dalam quotation tu biar clients betul2 faham dulu. Setakat tulis je kadang2 mereka tak baca, so kena ceritakan jugak. Aku kena cuba sedaya upaya untuk jadikan mereka senang buat payment, bukan sindir-menyindir yg mungkin akan mengeruhkan keadaan.
9) Jenis yg buat2 pandai.
Aku guna PHP untuk buat application software / system, so benda ni adalah open source dan sesiapa pon boleh edit source code dia. Masalah timbul apabila clients tu pandai2 edit sendiri, kononnya nak try belajar sendiri. Bila function tak jalan / keluar error, dia tanya aku kenapa ada problem. Aku tanya dia ada edit apa2 ke? Dia jawab ada tapi lupa dah kat file mana. Hahaha aku tak tau nak stress ke nak marah. Macam mana ngan statement ‘Customer is always right’, boleh pakai lagi ke? Mestilah jawapannya ‘Ya’. Cara yg aku buat adalah aku kena sediakan sekali backup plan sebagai after sales service / warranty. Terpulanglah sama ada aku yg tolong restore atau dia sendiri buatkan, tapi benda tu akan jadi bernilai sebab pada pandangan mereka, aku bukan setakat buat coding je tapi tahu jugak bab2 emergency solution. Untuk side aku pulak, tak perlu pening2 kepala nak cari benda yg mereka edit tu, just restore je backup file.
Ada beberapa jenis lagi perangai yg aku jumpa macam ‘bossy’, mintak komisen, promote multi-level (MLM) bisnes, dan macam2 lagi. Mungkin nanti aku cuba selitkan dalam POST akan datang. Berdasarkan pengalaman yg aku ceritakan kali ni, aku mengambil pengajaran bahawa untuk nak dapatkan clients yg menyenangkan hati, aku kena bersikap positif dan jujur, bukan hipokrit. Aku kena berlandaskan pada Agama, mintak doa agar dipermudahkan urusan hidup serta dijauhkan dari ujian yg tak mampu aku tanggung. Andai kata ada sesetengah projek tu aku terlepas, itu tandanya Allah sayangkan aku. Tuhan taknak aku terlibat dengan suatu beban diluar dugaan aku, atau terlibat dengan sumber pendapatan yg tak baik. Buktinya dulu aku pernah jumpa 1 prospek yg nak buat system MLM, tapi sampai 1 peringkat aku tak jumpa solution. Aku mengaku terus terang bahawa aku cuba cari solution, tapi tak pasti berapa lama. Memandangkan dia nak benda tu segera / urgent, maka dia pon cari programmer lain. Beberapa tahun lepas tu aku terbaca berita dia terlibat dengan kes polis, iaitu tipu duit pelabur. Lega aku rasa, aku sedar bahawa memang ada hikmah disebalik kegagalan aku tu. Kesimpulannya aku setuju dengan ‘Customer is always right’, cuba sedaya upaya untuk beri yg terbaik pada clients, bukannya nak dapatkan duit semata-mata. Aku taknak menjadi setitik nila yg merosakkan nama programmer lain.
Sebagai penghargaan untuk salah seorang clients, aku nak petik nama Mohd Zaki Ab Razab (Zakira Agency) yg buat bisnes lori sewa. Pada tahun 2014 dulu, kawan aku Shariff Sharani refer aku kat dia sebab dia nak cari orang buatkan website. Aku propose website low budget tak sampai RM 2,000 (https://www.transport-agency.com/merdeka-2018/) dan dia setuju. Sampai sekarang aku masih lagi maintain / update website tu. Secara jujurnya dia termasuk dalam clients jenis yg tak cerewet. Bila dia nak buat sesuatu benda yg melibatkan IT / ICT tu dia akan rujuk / minta pendapat aku, dan takde komplain pelik2 tentang apa yg aku buatkan. Contohnya; Dia nak bagi webpage dia duk kat 1st page kat Google, so dia tanya aku nak buat macam mana. Aku jawab banyak caranya, antaranya ialah rajin update Facebook page, isi / contents dalam website, dan letakkan link website lain (backlink). Aku cerita jugak pasal Google akan ambik masa untuk crawl benda tu serta bergantung jugak pada website2 pesaing. Seingat aku dia tak pernah suruh aku buat kerja free. Dia faham bahawa setiap kerja perlu dibayar, dan dia menghargai pendapat orang lain. Tiap kali dia ajak aku gi office, ada je dia belanja aku makan. Apa yg aku nampak setakat ni adalah bisnes dia semakin maju, bukan sebab website yg aku buat tu, tapi sebab sikap dia yg baik dan tak banyak songeh tu. Dia cerita kat aku yg dia tak suka ambik duit deposit kalau orang nak booking lori. Bagi dia senang je, dia berniaga untuk tolong orang. Kalau orang tu buat naya kat dia, lambat laun Tuhan balas dengan kebaikan kat dia. Kalau aku ni jahat senang2 je aku boleh tipu dia, tapi aku ni agak baik jugak la, tak pernah lagi ambik kesempatan. Mungkin sebab tu kami dijodohkan untuk bisnes ni, dia tolong aku dan aku pon tolong dia. Aku syorkan pada siapa2 yg nak pindah rumah atau angkut barang, try contact dia, dan jangan terkejut kalau dia bagi harga yg lebih rendah daripada company lain.
Share the post "Jenis2 clients dalam ICT"
Author: Ahmad Fazli Ismail
Seorang pekerja dalam bidang ICT bermula tahun 2005 hingga sekarang. Bidang ni berkembang sangat pantas, oleh itu aku kena sentiasa belajar sambil bekerja. Belajar tak semestinya di sekolah atau universiti sahaja, tapi di mana2 tempat selagi masih hidup di dunia.
View all posts by Ahmad Fazli Ismail