Cara bertanya masalah teknikal

Most audience in Facebook Groups;
Total liked and shared within Facebook network;

Sekadar peringatan untuk diri sendiri & umum, aku cuba mengambil pengajaran daripada POST FB kawan2 dalam 1 group IT. Aku share ni bukan sebab nak dedahkan aib mana2 individu. Aku akui yg aku juga tak sempurna & pernah melakukan kesilapan yg sama, tapi aku cuba improvise untuk kebaikan bersama.

Sekadar peringatan untuk diri sendiri & umum, aku cuba mengambil pengajaran daripada POST FB kawan2 dalam 1 group IT. Aku share ni bukan sebab nak dedahkan aib mana2 individu. Aku akui yg aku juga tak sempurna & pernah melakukan kesilapan yg sama, tapi aku cuba improvise untuk kebaikan bersama. Aku juga bukanlah pakar tapi telah melalui banyak sesi bersoaljawab bab2 IT sebelum ni. So aku share tentang kaedah & tips yang aku cuba buat bila nak bertanya soalan;

1) Buang rasa malu.

Aku pasti semua orang ada masalah. Kalau yg takde masalah tu bukanlah manusia / makhluk namanya. Jadi janganlah malu nak bertanya penyelesaian untuk masalah yg kita hadapi. Tak perlu cuba selesaikan sendiri kalau hasilnya nanti tak mencapai objektif, atau kalau prosesnya mengambil masa yg lebih lama berbanding pihak lain yg tolong selesaikan. Dalam bisnes, ko akan rugi masa sebab duk try solve benda yg bukan dalam bidang kepakaran ko. Cuma kena pastikan kita tanya pada beberapa tempat menggunakan kaedah yg betul. Kadang2 bila kita bertanya, si penjawab tu ejek pulak “Eh2 soalan mcm ni pon nk tanya”. Janganlah malu atau marah sebab kadang2 cara kita tanya tu kurang tepat. Bila ko malu, biasanya ko buat diam je, so boss anggap ko tahu selesaikan masalah tu. Tapi sebenarnya ko yg malu nak bertanya. Last2 software yg ko buat ikut logik akal ko je & tak mencapai objektif, gaduh dengan boss, then resign. Padahal diri ko yg salah.

2) Elakkan daripada soalan yg membuatkan orang keliru / tertanya2.

Point ni aku setuju ngan rules group tu. Elakkan daripada bertanya soalan yg mengundang soalan2 lain daripada si penjawab. Cthnya; komen pertama kat POST aku tu “You guna webserver apa ni? Version berapa? Kat Windows ke Linux?”, atau “You nak buat apa sebenarnya ni?” so aku kena akui bahawa soalan aku tu tak cerita details. Situasi macam ni sebaik2nya dielakkan sebab conversation akan menjadi panjang (rugi masa) & kadang2 memeningkan si penjawab.

3) Tulis secara penuh & details.

Aku rasa tulisan ringkas / shortform ni bagus untuk jimatkan ruang menulis, tapi tengoklah tujuan ko menulis tu untuk apa. Kalau ko POST status suka2 kat wall ko “Aq br bli ip6 ni”, ko sendiri faham la yg ko nak bagitau orang ko beli iphone 6. Tapi kalau ko tanya orang “Sape ada jual ip6 2ndhand?” Apa ko ingat semua orang faham yg ko maksudkan tu adalah iphone6? So pastikan tulis penuh dengan betul. Kalau nak buat shortform, tulis nama penuh dia dulu then gunakan kurungan. Cth; “Saya guna PHP command-line interface (CLI). Adakah valid syntax dalam CLI untuk digunapakai di FastCGI Process Manager (FPM)?” Ko bertanya pada orang ni weh, silap2 lain yg ko maksudkan lain pulak yg orang faham, then jadi gaduh.

4) Kenalpasti kategori soalan / jenis pertanyaan kita.

Kadang2 aku bertanya benda yg teknikal macam coding. Kadang2 aku bertanya pendapat tentang cara / kaedah terbaik nak mencapai sesuatu solution. Kadang2 aku bertanya untuk dapatkan kepastian / kesahihan tentang suatu jawapan yg aku jumpa. So aku dah ada gambaran tentang macam mana ahli group akan jawab pertanyaan aku tu nanti. Kalau soalan teknikal, jawapan biasanya secara teknikal juga. Kalau pendapat, jawapan biasanya “Mungkin mcm ni…”, “Apa kata kalau mcm ni?”, “Aku buat mcm ni dulu…”. Kalau kepastian, “Berdasarkan bukti & fakta kat link ni …”

5) Pastikan kita tahu istilah / nama benda yg nak ditanya.

“Kenapa command <div style=”display:none;”>Test</div> tak kuar apa2?” Ko pasti ke <div> tu adalah ‘command’? Come on bro… Google dulu ‘apa itu <div>’ Jangan main hentam je. Bila programmer tu ejek, kembalikah ko ke point no. 1 kat atas ni. Jangan sampai programmer tu cakap dalam hati “noob betul budak intern ni, dah la noob, pemalas pulak tu”.

6) Anggapkan diri kita berada pada tempat orang tu.

Jangan sesekali anggapkan orang yg kita nak bertanya tu tahu A to Z apa yg kita buat. “Mcm mana saya nak system ni display nama kelas student lepas no. IC dia? (Yg bertanya tu post screenshot coding line 230 – 265)” Dalam coding ni programmer kena tengok the whole script / file tu bukan certain line sahaja. Kalau share the whole file pulak, programmer tu akan tanya balik “Database structure mcm mana?”. Bila share database structure, programmer tu tanya lagi “Mcm mana flow system ni?”. So kena pastikan kita cerita dari awal sampai habis apa yg nak kita buat sebab setiap system adalah unik.

7) Terus terang apa yg kita nak capai.

Ada orang cakap gambar menceritakan segala-galanya. Jadi kadang2 lebih baik gunakan imej atau video kalau tak reti nak guna keyword / istilah yg betul. Letak gambar & caption / describe “Saya nak buat front page mcm dlm gambar ni. Ada sesiapa boleh buat? Saya prepare RM1,500” Kalau dalam application development pulak, “Saya nak report dashboard yg mcm dlm gambar ni”

8) Jangan assume sesuatu tanpa bukti.

Point ni biasanya berlaku pada si penjawab soalan. Disebabkan nak glamour & nak dapat nama punya pasal, bila ada orang POST tanya soalan, cepat2 dia jawab “Guna function preg_replace”. Mungkin sebab ni lah wujudnya istilah ‘biar lambat / cermat asal selamat’. Hampir semua benda dalam dunia ni perlu berbukti. Yg bertanya tu kena pastikan orang yg bagi jawapan tu letakkan bukti / rujukan sekali. Jangan sesekali mengharapkan jawapan tanpa bukti yg kukuh. Pastikan ko faham jawapan dia.

9) Update ahli group.

Time ada masalah ko POST tanya orang, bila dah dapat jawapan / solution ko makan sorang2. Terima kasih pon tak ucap. Bak iklan TV “Adab kat mana?” Ko harapkan sumbangan orang, tapi apa sumbangan ko untuk orang ramai? Sekurang2nya ko update POST tu, letak “Solved : Solution dia kena ….” So ahli2 group yg baca POST ko tu tau, “Oooo mcm ni solution dia…” Secara tak langsung ko telah menyumbang kepada orang ramai dengan. Mungkin ada lagi orang lain menghadapi masalah yg sama / hampir sama, so tak perlu lagi ahli lain buka POST / thread baru. BTW aku suka cara StackOverflow sebab dia ada Check mark hijau untuk solution yg approved by the yg bertanya.

Ini contoh yg bagus sebab disertakan source code sekali.
Ini contoh yg bagus sebab disertakan source code sekali.
Tengok pada komen pertama. Tak sepatutnya ditanya kembali pada orang yg bertanya.
Tengok pada komen pertama. Tak sepatutnya ditanya kembali pada orang yg bertanya.
Contoh yg bagus. Bila dah solved, update POST & announce. So orang tau case closed.
Contoh yg bagus. Bila dah solved, update POST & announce. So orang tau case closed.

Tujuan aku share ni adalah untuk nak pastikan agar kita sama2 mencapai objektif & manfaat. Orang yg bertanya akan dapat jawapan kepada soalannya, orang yg menjawab akan dapat memberikan jawapan dengan mudah, & ahli2 group yg lain dapat belajar daripada POST orang yg bertanya tu. Foto & nama individu yg buat POST aku dah tukar untuk mengelakkan sebarang situasi negatif. Kalau ada tak kena atau aku tertinggal apa2, mohon perbetulkan. Marilah kita sama2 usaha untuk mewujudkan situasi group / komuniti yg lebih baik.

PS : Kenapa “Aku” & bukannya “Saya”? Sebab dengan Allah pon “Sahaja aku solat …” Maka bukanlah kasar maksudnya hehehe.

0